dak hensem & dak comel

Thursday, 19 September 2013

7 perhentian :)

salam..
da lama sangat tak bukak blog ni..bukan taknak bukak tapi baru je dapat online guna lappy..sebelum ni bukak lappy just nak tengok movie je..sebab sem ni aku dapat bilik flatlet which means bilik single..best, bilik ni besar dan selesa sebab semua perabot baru plus privacy la kan tapi satu je yang tak best, takde plug kabel dalam bilik ni..sebelum ni aku online pakai kabel kat lappy, wifi kat henfon tetapi oleh kerana sekarang ni tak bole guna kabel sebab plug dia takde makanya aku bole online kat henfon jela guna wifi ukm ni..tapi tapi tapi adham sangat baek dan bermurah hati untuk bagi aku pinjam dia punya broadband (pinjam as in bayar untuk sebulan aku guna) so aku bole la online kat lappy hehehe dan bole update blog yeayy!! :D

sebenarnya ni semua cerita da basi, cerita time cuti semester hari tu tapi tak kira aku nak update jugak memandangkan esok cuti dan aku tak tahu nak buat apa sekarang ni..bukan takde keje tapi mood nak buat keje belum datang hoho..

kitaorang punye plan asal nak pegi piknik + barbecue kat cherating then pegi la cherating..da keluarkan semua barang barang, makanan, tempat memanggang in fact da bentang tikar da pun then menitik air hujan..oh pilu sungguh rasa hati sebab tak sempat nak sesi nak bakar pape pun tapi oleh sebab masing masing da lapar tahap cipan so makan la jugak dalam hujan rintik rintik..sadis betol..tapi orang laen relax je maen air lagi even hujan maybe sebab hujan gitu gitu je, tak lebat mana..tapi maen air dalam hujan logik lagi daripada kami ni, makan dalam hujan..memang haru sungguh la..

da siap makan terus kemas kemas barang masuk dalam kereta balik..masing masing tak puas hati dan muncul lah idea nak pegi kuantan tengok wayang..memandangkan cherating tu da dekat ngan kuantan dan driver kami, kila say yes maka bergeraklah kami ke kuantan hoho..nak pegi tengok wayang la konon sekali tengok masa tayangan lewat, pukul 5.30 kalau tak silap maka hasrat nak tengok wayang di East Coast Mall terkubur begitu sahaja..sempat solat je kat ECM then balik..sebelum tu kitaorang sempat singgah ambek gambar kat teluk cempedak kejap..

dalam perjalanan balik tu still ada rasa tak puas hati sebab tak sempat nak barbecue dan time tu awal lagi dalam pukul 5 lebih so kitaorang singgah kat pantai apa entah nama dia dekat dengan sungai ular..cuaca elok, tak ramai orang..kitaorang pun apa lagi mulakan keje panggang memanggang, nak jugak buat barbecue hewhewhew..maka selamat lah ayam kami dari membusuk dalam bonet kereta..yeayy bole jugak makan ayam barbecue walaupun banyak halangan hoho..

kesimpulannya perjalanan kami dari - petronas(pegi tandas) -shell(isi minyak) -cherating -teluk cempedak- East Coast Mall- pantai kat sungai ular -petronas(solat maghrib) = 7 perhentian! :D

ambek gambar dulu kat rumah hehe
bergambar dengan bunga ros putih kebanggaan umi hehe
abaikan selipar yang bersepah kat bawah tu -_-''
on the way sempat lagi..zeto,zara,zirah = 3Z hohoho
my kesayangan muahh muahh
gambar kat cherating..lepas makan sempat ambek sat sebelum hujan lebat :3
pantai teluk cempedak..zirah,kila,zeto,zedah
gambaq gelap tapi nak letak jugak tak kira tak kira XD
port laen ramai sangat orang so terpaksa ambek gambaq berlatar belakangkan hutan -_-''
semua muka tak ready haha zeto ambek gambaq tak bagi warning lol
gambaq berlima yeay! ada abang ni volunteer ambek gambaq kami hehe
gambaq berlima versi ambek sendiri haha redha je aku nampak separuh muka
semangat kila hidupkan arang haha aku tolong tengok dan tolong makan je :P
ayam yang diperap oleh zedah sangat sedap oke!
orang sibuk nak hidupkan api kami kat belakang sibuk ambek gambaq haha
kenyang makan ayam, sosej..kemas kemas nak balik da
gambar kat instagram hikhik..kalau nak tengok gambar kita follow la insta kita - zaraibrahim1102 :P
tu je untuk entry ni esok esok pulak sambung cerita laen tu pun kalau rajin kekeke..okbai, selamat malam semua! :)

Friday, 23 August 2013

jalan jalan ke zoo kemaman with family

salam..

hello! :D
selamat hari raya yang ke 16 semua! huhu tak lama lagi aku nak balik U da so da tak bole jalan jalan macam sekarang so sementara masih ada masa kena la manfaatkan hehe..hari raya yang ke 8 hari tu aku pegi zoo kemaman ngan family..aku da pegi da sebelum ni ngan kawan kawan tapi kalau pegi dengan kawan laen, pegi ngan family laen so aku pegi lagi sekali la..

tak banyak berubah pun since aku pegi 2 tahun lepas..cuma ada taman tema air mini tapi time aku pegi ni dia tutup for renovation..hari tu pegi tak bukak lagi, kali ni tutup pulak memang takde rezeki la nak maen air..macam biasa nak masuk kena bayar rm10 untuk orang dewasa..kami semua 6 orang dan sorang baby so rm60, baby free je hehe..

best jugak jalan jalan tengok binatang tapi aku macam tak excited sangat sebab aku da pegi..tak excited nak tengok binatang tapi excited nak ambek gambar hikhik..tapi memang panas gila kat dalam zoo tu, memang da berpeluh peluh punya la nak tengok binatang..da la lepas tu nak pegi mesra mall, nasib baek la mesra mall ada aircond kalau tak memang harum baunya! haha..

muka excited nak pegi zoo! haha
gambar first dekat zoo..tehah dan ain..ain tunjuk ikan besar sebenarnya tapi tak nampak pulak ikan nya
musang kot ni, sedap je dia tidur kat tepi jaring..nasib baek tak jatuh
sape sape datang sini bawak baby dan tak cukup lampin, bole ambek pokok ni :P
ain dengan burung apa ntah ni
my sweetie pie yang suka bergambar macam kakak dia ni jugak hehek
giliran ain pulak ambek gambar aku hihihi
gambar kat insta! tapi nak letak jugak tak kira tak kira
my lovely mommy <3
tehah dan ain lagi
my happy family..heart them much :-*
ain kalau bab bergambar no 1 haha
ada pun gambar budak laki sorang ni..adek aku, faisal ni memang tak suka ambek gambar..susah sangat nak ambek gambar dia ni pun setelah dipaksa beberapa kali -__-''
dalam taman orkid
sisters :)
me with ain
me with tehah
me with mommy
takde motif tapi nak letak jugak :3
muka penat and da gelap :(
sebab da banyak ambek gambar kat zoo, kat mesra mall tak ambek gambar pun..ingat nak tengok wayang tapi cerita pacific rim tayangan lambat so tak jadi la..just makan makan, jalan jalan kejap then balik..sampai rumah je semua terbongkang sebab penat seharian berjalan haha..alhamdullillah sangat dapat jalan jalan macam ni ngan family sebab jarang sangat dapat peluang camni, masing masing duduk jauh, belajar, kerja so jarang ada masa semua adek beradek ada kat rumah dalam satu masa..alhamdullillah..ok la tu je kot, da lama tak menaip rasa macam tak berapa best pulak ayat aku ni, idea pun da kureng hewhewhew..nanti ada masa dan kerajinan aku update lagi, okbai! :)